*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Golongan Yang Dilaknat*
أَبُو الطُّفَيْلِ عَامِرُ بْنُ وَاثِلَةَ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسِرُّ إِلَيْكَ قَالَ فَغَضِبَ وَقَالَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسِرُّ إِلَيَّ شَيْئًا يَكْتُمُهُ النَّاسَ غَيْرَ أَنَّهُ قَدْ حَدَّثَنِي بِكَلِمَاتٍ أَرْبَعٍ قَالَ فَقَالَ مَا هُنَّ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ قَالَ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَهُ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ غَيَّرَ مَنَارَ الْأَرْضِ
_*Abu At Thufail ‘Amir bin Wastilah berkata, “Saya berada di samping Ali bin Abu Thalib, tiba-tiba seorang laki-laki datang menemuinya seraya berkata, “Apakah Nabi SAW pernah menyampaikan suatu rahsia kepadamu (yang tidak diberitahukan kepada orang lain)?” Abu Thufail berkata, “Ali pun marah seraya berkata, “Tidak ada apa-apa rahsia yang disembunyikan oleh Nabi SAW daripada umatnya kecuali bahawa baginda pernah menyampaikan empat perkara penting kepadaku.” Abu Thufail berkata, “Laki-laki tersebut bertanya, “Apakah empat perkara itu wahai Amirul Mukminin?” Abu Thufail melanjutkan, “Ali lalu menjawab, “Allah melaknat orang yang melaknat orang tuanya; Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah; Allah melaknat orang yang melindungi penjahat (orang yang melanggar hukum Allah) dan; Allah melaknat orang yang mengubah tanda sempadan tanah.”*_ (HR Muslim No: 3657) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
Allah melaknat empat golongan pelaku maksiat berikut:
1. Allah melaknat orang yang mencela orang tuanya (termasuk tindakannya yang boleh menyebabkan ibu bapanya dicela oleh orang lain);
2. Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah;
3. Allah melaknat orang yang melindungi pelaku kejahatan (orang tersebut mendapat keringanan hukuman atau bebas dari hukuman yang telah ditetapkan syariat akibat bantuannya) dan;
4. Allah melaknat orang yang memindahkan tanda sempadan tanah (batu tanda mengukur sempadan tanah).
5. Hadis ini menegaskan keutamaan menjaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, dan masyarakat. Empat perkara yang disebutkan adalah dosa besar yang mesti dijauhi oleh setiap Muslim. Rasulullah SAW sentiasa menyampaikan ajaran yang jelas untuk membimbing umatnya agar hidup dengan keimanan, keadilan, dan akhlak mulia. Kita harus mengambil pengajaran ini sebagai panduan untuk mencapai keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Pastikan kita tidak tergolong orang yang dilaknat Allah.
18hb Rejab 1446H
18hb Januari 2025
Karmageddon – Alhamdullilah.
Trump Hadapi Kenyataan, bahwa ‘Neraka’ yang Dijanjikan ke Gaza, kini Ter…
Kenapa Kebakaran di Los Angeles Begitu Parah?
Balik kampung. – In Shaa Allah.
ICJ – Yahudi must leave Palestine immediately. In Shaa Allah.
Belimbing buluh.
*BELIMBING BULUH*
Tolong sebarkan mesej ini kepada semua orang terdekat dan yang tersayang.
Profesor Dato’ Dr Abdul Wahab ibnu Samri dari Hospital Umum Tentera Darat Makasar mengesahkan bahawa, jika setiap orang yang mendapat maklumat ini dan kemudian menyebarkannya kepada sekurang-kurangnya 10 orang lain, sekurang-kurangnya satu nyawa dapat diselamatkan.
Saya telah melaksanakan tugas saya. Saya harap anda juga akan melaksanakan tugas anda.
Terima kasih.
Belimbing buluh dalam air panas dapat membantu anda. Tidak kira betapa sibuknya anda, anda perlu membaca ini, dan kemudian menyebarkannya kepada rakan dan orang lain.
Belimbing buluh boleh membunuh sel barah.
Potong 2-3 keping nipis belimbing buluh dan masukkan ke dalam gelas, tuangkan air panas, air akan menjadi beralkali. Minum setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Bagi sesiapa sahaja, ia akan berguna.
Belimbing buluh akan mengeluarkan bahan anti-barah. Ini adalah perkembangan baru dalam dunia perubatan semula jadi, yang berguna dalam merawat barah.
Ekstrak belimbing buluh air panas akan mempengaruhi sista dan tumor. Sudah terbukti, ia dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis barah.
Menggunakan belimbing buluh dalam merawat barah, ia hanya akan membunuh sel-sel tumor yang ganas. Ia tidak akan mempengaruhi sel yang sihat.
Selain itu, asid amino dan polifenol oksidase dalam belimbing buluh dapat menyeimbangkan tekanan darah tinggi, peredaran darah, mengurangkan pembekuan darah dan dapat mencegah terjadinya trombosis urat dalam.
Setelah anda membaca ini, hantarkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Mesti menjaga kesihatan anda..




